Wednesday, 17 July 2013

Hola LONDON!

kehadapan pembaca sekalian,

(ewah formal gitu!) kali ni nak cerita pasal trip ke london! hahahha plan jer pun. xpelh an plan dulu. sekarang saya tengah cari kawan-kawan yang nak ke london tapi ini punya trip tahun 2016. cadangnyer macam tu lah. bila dah siap tanya kepada kawan-kawan sekalian ader baper je pun nak gi london dengan saya. itu pun kak jue dengan nabila jer nak pergi. saya dah servey dah harga pergi london baper. ader lah dalam 5k gak. ish3.. belum gi london dh servey ka? hahahah memang lah nak kene tau gak baper harga gi sana. kalau ader kenalan lagi lah save budget kan? kita ader je kenalan kat UK tu. tapi dia tu busy man! sekarang ni tangah tanya dia. tengok lah kalau jadi, christmas tahun 2016 kita pergi~~ haraplah jadi. kalau dia tak de payah lah kan? tapi tak pe sebab boleh jalan-jalan ala2 backpackers! sebenarnya ader syarikat kat UK ni (org malaysia punya) dia buat tour around london 2 day. tapi masaalahnyer 2 hari je???? mane cukup akak oi~ kita susah2 sampai london. mahal ticket pergi 2 hari jer? itu pun pergi main attraction je. ader tanya dia kalau tambah hari macam mane? dia tak cakap lah apa2 tapi dia suruh pergi sendiri. memang tak lah kan? bukan tau jalan ke london pun~ adoiii~ susah betul lah! orang nak kasi business dia tolak pulak. tak paham lah! apa2 pun ini impian dan plan ke london, diharap jadilah kot~ inshaallah... kat sini ader lah gambar2 tempat2 lain selain daripada tempat top kat london yang i and the geng nak pergi~ 


WARNER BROS HARRY POTTER STUDIO
yey!!! nak pergi~~ saper nak pergi angkat tangan! hehehehe memang tempat a must lah utk peminat harry potter. kalau tak gi ni memang nangis lah kita...

THE SHERLOCK HOLMES MUSEUM
haaaaa ni mesti pergi sebab minat tengok citer dia. dah alang2 ke london baik pergi je kan? entah apa yang ader kat dalam tu..

ABBEY ROAD
haaaa~~ tengok! ader One Direction dengan The Beatless lagi shot kat situ. kita pun nak nok! macam kita cakap kat atas tadi lah.. dah alang2 gi london tu kene lah pergi. lupa pulak. SHINEe kumpulan pop dari korea pun ambik gambar kat sini. jadi, tempat ni legend!

itu je lah tempat yang kita nak share. sebenarnya banyak lagi tempat lain. tapi saya malas nak cerita banyak. kang tak jadi trip ni mau malu jer~ ye dak? apa2 pun harap lah trip ni menjadik~amin. dan inshaallah lepas gi london je kita update kat blog ni pasal trip ke sana. 

salam sayang,

leeana



No comments:

Post a Comment