Thursday, 18 July 2013

Trip to Kuching, Sarawak (3)

dear stranger,

elok x kita panggil kome stranger??? hehehe xpelah tukar2 kadang boring ayat yg sama. ye dak? ok kali ni nak citer hari terakhir kat kuching, sarawak~~ pagi2 bangun kul 6 (xsilap) kitaorg semua bertolak. nak tau tak saya breakfast apa? ha... kitaorg breakfast mee kolok hahahaha... ye ah dah datang sarawak takkan tak rasa mee kolok kot an? jadi nasib baik restoran tu ader mee kolok. haaa lagi best pekena teh tarik! fuyoo megancam! tapi mee kolot kat restorant tu x berapa sedap. rasa mee kolok pulak rasa macam mee wantan. 

haa ni lah dia hidangan breakfast kami! <3 boleh tahan lah mee koloknyer. ader sup dan sos.

lepas breakfast kitaorang ke WIND CAVE pulak. kat situ saya tak pergi. malas. dengar kater kene panjat2. last2 xde panjat2 pun. hish... kalau tau saya dah pergi dah. takpe lah xde rezeki an... lain kali memang tak datang lagi lah! muahahah mesti ingat kita nak cakap 'lain kali boleh datang lagi' memang tak lah nak gi sarawak balik. apa je yang ader kat sarawak tu?? eceh berlagak nampak? hehehe xde saje. jangan marah yer orang sarawak.. huhuhuhu takot kita awok marah.. muahahaha merepek2 dah~ 
 ini gambar dorg kat gua angin ni... kita xde~ kita dalam van. sob.. sob...

ini lak gambar dorg sewaktu dalam gua angin tu...

nak tau kita kat luar time tunggu dorang pergi mane? jalan2 sekitar luar kawasan gua tu lah.. saya turun kat sungai.. tapi sungai tu air dia cetek. tak tau lah time lain dalam kot. time kita pergi tu ader kucing megiau-giau mintak makan. tapi kita xde makanan. eh asal saya asyik cakap kita2 ni.. geli den! ahahah ok balik kepada cerita kuching tu kan, kuching tu dia manja tau. pastu ikut jer saya pergi mana. serious... panggil dari jauh pun datang. pastu duduk tepi bergesek2 lah dia hahahah mintak dimanjakan lah tu~ selesai pergi gua angin ni kitaorang semua pergi PASAR SERIKIN (herm.. xtau eje.. lebih kurang lah) kat sana apa lagi! shoopinggg!! kat sana saya borong kain batik sarawak. hahaha xde lah beli banyak pun. beli dalam tiga helai. lupa nak habak kome... semalam kita pergi WATERFRONT KUCHING. Kat sana kita borong key chain, beg, pasmina kuching dan macam2 lagi lah. tapi saya beli sikit jer. kawan saya beli banyak kot! saya sampai lupa nak beli banyak2. sebab saya blur nak beli untuk sape.. hahaha lepas dah balik tu.. key chain kita pergi mana tah.. tak tau letak mane. nasib sempat bagi kat beberapa kawan. 

 ini lah suasana kat pasar serikin. murah gak lah. kene pandai carik dan tawar menawar. pasar dia panjang. hampir kesemua tempat kita ronda.

haaa ini jayressa/jay. shopping sakan ko nokk~

lepas shopping sakan jap, kitaorang pergi makan kat restoran SCR Xpreess. sedap wei... lebih sedap dari makan nasi ayam kat the chicken rice shop kat semenanjung. makanan dia cepat btl sampai. xpreess lh kater kan.

lepas dari lunch kitaorang dibawa ke PASAR SATOK(xsilap lah) kat sana kita membeli ikan masin. ha.. ikan masin import murah jer.. terubok import 4 ekor rm10 jer... ok lah an.. kita beli rm20 jer.. tapi bila bawak balik sape pn xnk makan. katernyer nmpk ulat sampah kat dalam kotak tu.. sekor jer pun~ dah kene buang. heheeh xde lah kita kasi orag lain makan. hoohohoho. lepas ke pasar satok tu.. kami pun pergilah ke kedai DAYANG SALHAH KEK LAPIS SARAWAK. haaa! kedai ni famous tau. kek lapis dia pelbagai~ kat sini ramai kawan kita yang borong habis! smpi rm200 tau. xsurelh kalau ader yang borong rm300. tapi satu kotak besar dorg beli. saya hanya mampu beli kotak kecik jer... tapi kan bila makan kek lapis perisan coklat dan vanilla dari dayang salha dgn mira kek house (xjauh dari kedai dayang salhah) kek lapis mira lagi sedap wei! serious. kek2 kat kedai mira semua terasa bahan dia. kalau kat dayang salha.. bahan yang diletakkan x cukup kaw. serious saya tak tipu. memang sedap kek kat mira cake house tu. adik kita pun cakap mcm tu. apa2 pun kita borong sampi rm100! pokai habis duit pt! ahahha kantoi heheheh sebenarnya pergi jalan ni ptptn yang sponser melalui sayalah. saya lah yang bayor. hahahah hutang lah kiranya. xpelah. enjoy dulu jer~ huhuhu pikir balik nak bayor hutang tu huishhh megeletar badan.hahahah tu lah sape suruh hutang? hahahah banyak citer pulak kita ni kan? oklah malas nak bebel kita sambung. balik topick tadi... 
ini kat depan kedai dayang salhah!

 ini kes dipesan2 olah rakan2... huhuh minyee tengah ambik order tu!

ini pulak tester kesemua kek kat dayang salhah.

haa ni activity last kitaorang sebelum pergi ke ariport. kitaorang naik boat meyusuri sungai sarawak. hehehe saya tak tau lah name sungai tu.. hhehehe sorry...


sampai situ je lah ceritanya... amacam syok x? boleh tahan lah kan? kami semua tiba kat airport dalam pukul 1 pagi.. itu sajelah cerita untuk trip to kuching sarawak april 2013! kalau ader orang sponser pergi sarawak, saya nak lah pergi! kalau takde memang tak nak pergi dah. ok lah diharap pengalaman yang tercalit ni buat masa2 yang korang spent untuk bace ni berbaloi! thank anyway! 

with love,


leeana








Wednesday, 17 July 2013

Trip To Kuching, Sarawak (2)

DEAR AWESOME!


Wah kita panggil kome awesome lah! cun kan? hahahah merujuk kepada title... kita kembali untuk cerita trip ke Kuching, Sarawak part 2! kira hari kedua lah. hari kedua ni kita pergi ke KAMPUNG BUDAYA SARAWAK. kita sampai kat sana dalam pukul 11:30am. ticket masuk kalau dengan student card rm15. kalau xde memang kene rm60. tapi dapat passport lah. utk dicob sebagai kenangan. tak de buku tu pun xpe. tapi kat sini jadik kes lah. y tour guide kita org kater xyah bawak. jadi ader lah mamat 3 ekor ni xbawak. last2 petugas kat situ nak jugak metric card kalau tak xleh dapat rm15. jadi dorg dengan bengang beli jugak lah.kesian dorg an. kat kampung budaya sarawak ni ader rumah2 orang asli dan suku kaum sarawak. macam iban, kadazan dan mcm2 lagi lah. rumah melayu dan cina pun ada. mase kitaorg pergi.. time tu pekerja kat situ tengah rehat. xleh lah tengok show. kat sana ader show untuk setiap rumah2 yang ada. so kalau korang pergi jangan lupa tengok. duduk je kat sana dan tunggu smpi kul 2(lepas unch hours). oleh sebab kitaorg nk cepat ader lagi tempat lain yang nak dilawati, jadi xjadi lah nak pergi. itupun kawan kitaorg yang practical kat tempat tu yang bagi tau. memang kitaorg xtau pn. takpelah, xde rezeki. jom tengok gambar2 saya and the geng kat sarawak!


ini kami perempuan bergambar beramai2 di depan pintu masuk kampung budaya sarawak.

ha ini iwan! dia pun nak jugak ambik gambar kat tiang tangga ala2 tiang umah oragn asli di sarawak. tau x kesemua kawan2 saya dorang bergambar naik tangga ni tau. untung lh kan? saya jer xmau sebab kasut wedges. mane leh an?

 ini pertunjukan yang diadakan kat sarawak culture village. syok tengok. lagi2 part ader dua orang main sumpit ker apa tah. dia sumpit belon. pastu dia panggil tetamu kat situ. kene sakat lah tetamu tu.


nak jugak an bergambar kat dewan show tu. heheheh

ini memang dah xde keje dah minah ni! gi tutp patung tu punya tut*** hahahah lawak2!


ha ni semua orang try naik. jambatan apa tah. lupa dh kita. tapi susah gak lh nak naik. lebih2 lagi saya pakai wedges an.. 


bergambar ramai2 kat rumah sarawak. saya xde dalam gambar sob.. sob...

bergambar dengam real orang asli! me and minyee :)

lepas pergi sarawak culture village, kitaorg pergi museum kuching. xde apa pun kat museum kucing tu. tak yah pergi pun tak pe... lepas pergi sana kitaorag  pergi makan!huhuhu~ lapar gilerrrr

kami makan nasi ayam penyet. jenis bakar punya. oklah sedap gak. 
lepas makan kitaorg pergi kilang pasu. ader yang beli pasu untuk dibawa balik. cantik2 gak pasu dia. kalau nak tengok cara buat pasu kene datagn awal. sebab kedai2 kat sini semua tutp awal. malam tu kitaorg BBQ. yang sedihnya. tour guide yang bawak kt org tu hanya sediakan ayam, bihun, dan hot dog jer~~~ sedih btl. padahal kira banyak jugak kitaorg bayar. 

 
 ini jelah hidangan untuk kitaorg. nasib ader bihun. kalau tak memang megamuk lah. tapi ini pun dah bikin panas.

dah lah kitaorang bayar. kitaoragn jugak lah yang kene nyalakan bara. adoiii apa punya service tah.. kesian kami tau... sedang2 asyik mebakar tu.. tiba2 black out lah pulak. dalam sejam jugak baru ader api balik... kat sini pun gelap tau. bakar ayam time gelap2 huhuhuhu


haaa itu je lah pengalaman yang kitaorang dapat. ehhh!!! ader lagi tau sambungan trip to sarawak ni. ini hari yang kedua. lepas ni kita citer hari terakhir kat sarawak. jangan lupa bace yer! ok byeee. see you again dear awesome!

with smile,

leeana










Trip To Kuching, Sarawak (1)

holla readers!


hari ni saya sangat bosan. dan hari ni saya tengah practical tapi menulis blog hahahahah tak buat keje lah namenyer... aderlah sebab-sebab dia. huhuhu ok sekarang saya nak cerita trip saya dan kawan seuniversity pergi ke sarawak! syok gak gi sarawak ni..kita orang pergi pada bulan april. tak ingat bila tarikh nyer. kita orang pergi bukan ader syarikat travel agent. tapi dibawa oleh kawan kepada Amatul. Murah tu memang murah tapi tak syok sebab service dia lah. dan ader gak lah hal lain. malas nak cerita kes y berlaku antara kitaorg dengan kawan amatul yang merangkat tour guide kitaorag. semua yang pergi tak silap 9 orang jer... so hari pertama kat airport KLIA. kita orang naik MALINDO AIR tau. bukan AIR ASIA ok~ best gak naik malindo air ni. siap ader tv kat tempat duduk dia. cun kan? service malindo air pn bagus sebab dia kasi sandwich and air utk para pelangan dia. hahahah pandai betul dorg ambik hati orang kan? 


bersama kawan-kawan dan lecture kita. bergambar kat KLIA sebelum berlepas ni~ yang pakai tudung colour purple tu  lecture kita! nama dia madam adna.


 ni gambar saya dengan kawan saya. minyee dan amatul. Gemuknyer saya kan? bila tah nak kurus hahaha


 gambar bersama rakan2 kat restoran mcD. yang pakai tudung tu jayressa.

 kandit!peace yo!

bergambar bersama ticket flight masing2.

ini pemandangan dari luar tingkap kapal terbang.


 bergambar setelah tiba di airport Kuching, Sarawak

 ini sesi meletakkan beg kedalam van

tiba di sarawak dalam pukul 2 macam tu. jadi lapar lah kami~ kami pun makan kat sini. saya amik lauk campur jer walaupun lauk dia sikit je pilihan sebab dah habis. takpelah.. jadilah kan? yang lain ader yang try laksa sarawak. boleh tahan lah rasa dia. xde lah sedap mane hehehhe


so lepas dari makan kat restoran dekat dengan airport sarawka, kita pergi JONG'S CROCODILE FARM pulak~ tengok buaya ler an? apa lagi... herm bila pikir2 balik tak pergi pun xpe. tapi ini antara tempat yang tourist pergi, jadi kita pun pergilah jugak... harga ticket untuk orang yang bukan sarawak tapi ader mycard dalam rm16 seorag. mahal gak kan?

 ini dekat kolam ikan. ikan dia besar2~ besar dari legan manusia. erm... besar macam saiz bantal. tapi besar lagi dari tu pun adar gak. tau x dorg makan ape? makan AYAM tau! AYAM! patutlah gemuk gila.

 ini tempat duduk untuk meyaksikan jumping crocodile show.  matul dengan jay buat gaya peace pulak hehehe

inilh dia jumping crocodile! dimana ayam digantung kat tali. lepas tu disuakan kepada buaya pakai tali lah an. then buaya nampak terus lompat dan ngap!

kat taman buaya tu ader jer binatang lain seperti monyet, beruang dan macam2 lagi. tapi kalau gi sarawak tak gi sini pun tak pe. bukan best sangat pun. lagi pun harga ticket boleh tahan mahal gak lah. (bagi sayalh) ok lah kat sini saja cerita untuk first day tour sarawak. nanti bace lah sambungan dia ok?

with love,

leeana















Hola LONDON!

kehadapan pembaca sekalian,

(ewah formal gitu!) kali ni nak cerita pasal trip ke london! hahahha plan jer pun. xpelh an plan dulu. sekarang saya tengah cari kawan-kawan yang nak ke london tapi ini punya trip tahun 2016. cadangnyer macam tu lah. bila dah siap tanya kepada kawan-kawan sekalian ader baper je pun nak gi london dengan saya. itu pun kak jue dengan nabila jer nak pergi. saya dah servey dah harga pergi london baper. ader lah dalam 5k gak. ish3.. belum gi london dh servey ka? hahahah memang lah nak kene tau gak baper harga gi sana. kalau ader kenalan lagi lah save budget kan? kita ader je kenalan kat UK tu. tapi dia tu busy man! sekarang ni tangah tanya dia. tengok lah kalau jadi, christmas tahun 2016 kita pergi~~ haraplah jadi. kalau dia tak de payah lah kan? tapi tak pe sebab boleh jalan-jalan ala2 backpackers! sebenarnya ader syarikat kat UK ni (org malaysia punya) dia buat tour around london 2 day. tapi masaalahnyer 2 hari je???? mane cukup akak oi~ kita susah2 sampai london. mahal ticket pergi 2 hari jer? itu pun pergi main attraction je. ader tanya dia kalau tambah hari macam mane? dia tak cakap lah apa2 tapi dia suruh pergi sendiri. memang tak lah kan? bukan tau jalan ke london pun~ adoiii~ susah betul lah! orang nak kasi business dia tolak pulak. tak paham lah! apa2 pun ini impian dan plan ke london, diharap jadilah kot~ inshaallah... kat sini ader lah gambar2 tempat2 lain selain daripada tempat top kat london yang i and the geng nak pergi~ 


WARNER BROS HARRY POTTER STUDIO
yey!!! nak pergi~~ saper nak pergi angkat tangan! hehehehe memang tempat a must lah utk peminat harry potter. kalau tak gi ni memang nangis lah kita...

THE SHERLOCK HOLMES MUSEUM
haaaaa ni mesti pergi sebab minat tengok citer dia. dah alang2 ke london baik pergi je kan? entah apa yang ader kat dalam tu..

ABBEY ROAD
haaaa~~ tengok! ader One Direction dengan The Beatless lagi shot kat situ. kita pun nak nok! macam kita cakap kat atas tadi lah.. dah alang2 gi london tu kene lah pergi. lupa pulak. SHINEe kumpulan pop dari korea pun ambik gambar kat sini. jadi, tempat ni legend!

itu je lah tempat yang kita nak share. sebenarnya banyak lagi tempat lain. tapi saya malas nak cerita banyak. kang tak jadi trip ni mau malu jer~ ye dak? apa2 pun harap lah trip ni menjadik~amin. dan inshaallah lepas gi london je kita update kat blog ni pasal trip ke sana. 

salam sayang,

leeana



Pembuka Bicara

as salam dan hola! selamat datang ke leeanasky.blogspot.com! tiba-tiba jer terpikir nak tulis blog. saje. hehehe... kat sini saya kongsikan kehidupan saya yang tak berape nak best pun. hehehe diharap enjoy the post yer~ bye!